Rawatan Chemotheraphy Sesi 1

Alhamdulillah. Berkat doa dari suami, keluarga, sahabat-sahabat, jiran-jiran dan kenalan semuanya dipermudahkan.
Y sampai di Hospital Putrajaya pada jam 9.30. Malam tadi Y tak dapat tidor memikirkan chemo port yang baru dipasang ni boleh berfungsi atau tidak.
Namun rasanya takut tu hilang dek kemesraan Dr dan jururawat di Hospital. Malah chemo port berfungsi dengan baik. Jam 4.20 semuanya selesai. Sempat solat zuhur dulu sebelum balik.

Semalam seronok. Sempat menerima kunjungan Mike, Farra Ida dan Lin, rakan sekolah STJ Kuala Pilah. Thanks kawan. Farra tak dapat berjumpa sebab saya tiada di rumah.

Wahida Mohamed
26 Februari 2013

20130226-003531.jpg

Kunjungan Normah Ibrahim, Lina, Norimah, Zoe & Anis

15 Feb- Sahabat lama STJ Kuala Pilah, Normah Ibrahim, Norazlina Abdul Aziz, Norimah Jumat, Zoraini Omar dan Awanis Lukman telah meluangkan masa mengunjungi Wahida Y di wad 3B Hospital Putrajaya ketika waktu melawat tengah hari 12:30-2:00.

Y baru selesai menjalani rawatan radioterapi di NCI dan pembedahan penyediaan port di Hosp. Putrajaya untuk rawatan kimoterapi pada 14 Feb. Pihak doktor yang merawat beliau menasihati beliau dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.

20130215-133903.jpg

Wahida bersama Normah Ibrahim

Awanis Lukman telah mengaturkan lawatan ini dengan kerjasama Zul suami Y.

20130215-141333.jpg

Y, Norhazlina Aziz, Normah Ibrahim, Norimah Jumat dan Zoraini Omar (berdiri)

20130215-141356.jpg

Zoraini Omar, Norimah Jumat dan Awanis Lukman

Visit by Biro Kebajikan PRESSTiJ

Today Februari 11,2013 Bro Angah Azam Zamri of the Welfare Bereau Presstij paid a courtesy visit to Wahida Y’s home. He was accompanied by Bro Shariffudin Thani or Pudin. Bro Zamri is from batch 85 while Bro Pudin is from batch 77 of SMSNS/ STJ Kuala Pilah.

They were greeted by both Y’s parents. Y were delighted to welcome them. Bro Pudin said she was really in high spirit too.

20130211-230233.jpg

20130211-230223.jpg

We are tougher

This is a tough time for our friend Wahida Y and her family

But Presstij and Friends of Y STJ 8589 are tougher, and we’re tougher because we pull together. We leave nobody behind. We make sure that we respond as a team and remind ourselves that whenever an STJrian, especially an active Presstij member is in need, all of us stand together to make sure that we’re providing the help that’s necessary.

(amended from Obama’s speech to Americans aftermath the storm that devastated the East Coast of the USA last year)

20130211-082408.jpg

Dr Noraliza, Fara, Nora dan Lyn

20130211-082554.jpg

Khalid Ibrahim, Lyn, Ati, Wahida Y, Nora, Fara and  Rozi Saarey at Wahida’s house in Port Dickson

Sesi Terapi Minda Wahida Y Bersama Rozi Saarey

Oleh Khalid Ibrahim

Pada 10 Februari Wahida Y telah menerima kunjungan Sis Rozi Saarey yang pernah belajar di Sekolah Tuanku Jaafar Kuala Pilah dari 1993 hingga 1994. Pada mulanya saya berkenalan dengan beliau melalui facebook. Apabila mengetahui kemahiran beliau dalam bidang kawalan kuasa minda, lantar saya terdetik untuk mendapatkan khidmat beliau untuk berkongsi teknik mengawal minda dengan Wahida Y.

Saya yakin bahawa salah satu kemahiran yang perlu oleh Y di saat saat sebegini adalah untuk mengawal minda agar sentiasa positif dan dalam keadaan kuat. Memang mudah untuk kita memberi nasihat agar Y berfikiran positif, namun ia tidak semudah itu untuk dipraktikkan kerana setiap kemahiran perlu dipelajari, termasuk teknik kewalan minda ini.

Rozihaslina, 35, yang selesa disapa Rozi,mempunyai pensijilan dalam bidang Certified Neuro Linguistic Programming (NLP) Practitioner dari International Society of Neuro Semantic (ISNS), Colorado, Amerika Syarikat (AS) , Certified Neuro Semantic Practitioner ISNS dan Certified Hypnosis & Time-Line Practitioner, ISNS, juga dari AS.

Dengan adanya kelayakan tersebut membolehkan Rozi memberi ceramah tentang kuasa minda, hukum tarikan manusia, misteri diri, sistem kepercayaan dan bagaimana untuk memprogram semula minda manusia.

Semoga Wahida mendapat manfaat dari sesi yang telah dijalankan. Sis Rozi secara sukarela telah memberikan khidmat beliau pada hari ini. Terima kasih diberikan pada beliau atas usaha beliau tersebut.

Nota: Beberapa bahan telah dipetik dari artikel yang telah disiarkan di http://ww1.utusan.com.my/utusan/Feminin/20121010/fe_01/Tarikan-kuasa-minda#ixzz2KWOGB6CY
© Utusan Melayu (M) Bhd

20130211-023220.jpg

Menziarahi sahabat Wahida Y, STJ Kuala Pilah 89 di Hosp. Putrajaya

January 25 ,near Cyberjaya

Wahida Y di Wad 3B Hospital Putrajaya

Wahida Y di Wad 3B Hospital Putrajaya

Menziarahi sahabat Wahida Y, STJ Kuala Pilah 89 di Hosp. Putrajaya tengahari tadi. Semangat beliau makin kuat wlu situasi yg dihadapi agak complicated. Sedara mara pun ramai dtg. Mak dia yg menjaga dia di Wad 3B. Beliau tidak mahu susahkan kawan2, itulah jawabnya, bila ditanya samada kwn2 boleh dtg lawat? Sama samalah kita doa agar Wahida dan keluarga tabah dan Allah beri kemudahan urusan. Amin. — with Wahida Mohamed.