CT SCAN: Kekuatan dan Cabaran

Alhamdulillah….

Semalam saya selesai menjalani procedur CT CSAN di Hosp. Putrajaya yang dah sebulan tertangguh akibat tangan bengkak… Urat Y tidak boleh digunakan bengkak setiap kali ubat ditolak masuk. Berbanding dengan sebelumnya….

Semalam Y katakan pada DR … Andai 3 kali tak berjaya… Saya tak mahu buat…
Alhamdulillah segalanya lancar walau ada rintangan ringan.

Sekadar perkongsian… Untuk CT SCAN… Pesakit diminta tidak makan semalaman… Procedure pertama, habiskan air sirap yg DR bagi dlm masa satu jam… Lepas tu tu dia akan masukkan ubat cair menggunakan wayar ke dalam punggung… Dan pasang tampon… ( maafkan saya ).
Lepas tu saya tidak dibenarkan bergerak. Tahan nafas dan tahan. 2 kali…
Lepas tu ubat contrast di tolak le dalam urat… Yang tu sakit sikit…. Lapas tu selesai….
Kena tahan lapar dan kurang selesa sehingga setengah hari…. Tak apa lah. Janji semua selesai….

Wahida Mohamed
30 Oktober 2013
Seremban

Antara Kekuatan dan Pilihan

Assalamualaikum….
Y pinjam kekuatan Allah s. w. t
Y pinjam kekuatan abg Zul,
Keluarga, sahabat,
Sedih mengenang nasib pegawai Ambank tu…. Bahagian masing masing la kan. Kekadang terfikir…. Apa lah kesalahannya diperlakukan sedemikian.
Astaghfirullah alazim….
Ya Allah kurniakanlah kekuatan pada keluarganya dan turunkanlah balasan pada pelakunya.
Y percaya kita selalunya diberi pilihan… Pilih lah…..

Wahida Mohamed

(Emel Y 25/10/13)

Memasak untuk Anak Anak di Ramadhan

3 hari selepas kimo yang terakhir. Alhamdulillah setakat ni tiada masalah. Mungkin kerana pengaruh psikology juga . Hari ni Ymasak mee hailam… Di rumah mak ni ramai peminat mee hailam. Y pun baru tahu cara memasaknya, belajar dari adik saya.
Seronok pulak rasanya bila lihat hasil masakan digemari.
Temujanji seterusnya dengan onkologist pada 26 Ogos. Mungkin dari situ barulah dia akan merancang rawatan selanjutnya. Gementar juga… Namun setakat ni lump yang asalnya ada di dada dan celah lengan dah hilang dan Y tak dapat rasa lagi. Harap-harap ia tak merebak ke organ-organ lain. Cuma yang dibahagian kepala je tak dapat rasa, tapi tak ada rasa pening macam dulu lagi. Ini semua mungkin berkat usaha dan doa semua… Alhamdulillah dan terima kasih, dan yang pentingnya ialah dengan izin allah.
Namun buat masa sekarang saya cuma mahu melupakan kisah rawatan… Shawal pun semakin hampir… (Walau ramadhan kali ni berbeza dari tahun sebelumnya). Saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan. Tak sabar rasanya nak meraikan Aidil fitri bersama keluarga.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat, kakak-kakak, abang-abang yang menyokong, mengingati dan sentiasa mendoakan kesihatan saya. Malah sanggup meluangkan masa melawat saya. Sahabat-sahabat yang berusaha menjayakan event. Tidak terbalas dengan kata-kata dan material… Hanya dalam doa saya, anda semua.
Masih belum terlewat rasanya mengucapkan Salam Ramadhan dan mungkin tidak terlalu awal untuk menitip Salam shawal.

Wahida Mohamed
19 Julai 2013
Seremban NS

Jasad Sakit tapi Roh Tidak

Bulan puasa ni Y mengaji setiap hari, selepas zuhur. Walau pun cara Y berjalan untuk sampai kerumah ustazah kelihatan pelik, alhamdulillah setakat ni Y pergi dan balik dgn selamat. Tak jauh pun, depan rumah je.
Pada awalnya Y ikutkan hati. Y pesan pada Mak, ” beritahu ustazah, Y tak larat nak mengaji hari ni… Badan sakit2.”
Bila Mak balik, dia bercerita, semalam Ustazah hampir dimasukkan ke wad kerana penyakit batu karang. Namun dia tetap bertadarus, terawikh dan mengajar.
Katanya, YANG SAKIT JASAD SAYA, BUKAN ROH SAYA.
Mungkin ungkapan Ustazah tu dipinjam atau dicedok, tapi saya teruja dengan semangatnya.
Hari ni…. Dengan gaya jalan pelik saya, saya menjadi orang pertama sampai ke rumah Ustazah.

Wahida Mohamed

22 Julai, 2013
Seremban NS

Rawatan Kimo ke 5

‘Assalam… Lama tak bercerita…. Y baru lepas kimo rabu lepas. Dah seminggu la. Sekarang alhamdulillah, cuma badan sakit2, mulut pun dah mula pecah… Betapa kuatnya ubat tu. Hujung minggu ni mungkin ke JB untuk jumpa profesor tu. ye la antara usaha y untuk sihat….
Apa khabar? Harap semua sihat.

Y

3 Julai, 2013

Pengalaman Baru

Hari ni sehari sebelum cuti wesak. Esok semua akan bercuti, maklum lah kebetulan cuti sekolah bermula. Sepanjang malam saya tak boleh tidur. Susah nak bernafas. Awal pagi berikutnya suami tersayang terus bawa saya keunit kecemasan di Hospital Daerah PD. Kakitangan hospital seperti biasa cekap menjalankan tugas masing-masing.Saya diberi bantuan pernafasan, ujian x-ray. Rupanya ada air disekeliling paru-paru. Dr tu sangat baik -lupa pulak nak tanya nama.

Agak lama dia memujuk supaya saya mahu menjalankan procedure untuk pengeluarkan air tu. Akhirnya dengan persetujuan bersama dengan Abang Zul, saya setuju. Dr bagi saya local bius, perlahan lahan dia keluarkan air tu. Pengalamannya tak seteruk memasukkan kimo port. Cuma sekarang runsing menunggu keputusan, adakah unsur-unsur kanser atau kes lain.

Mungkin hari ni atau esok Dr akan buat x-ray lagi. Semoga semuanya selesai. Saya masih ada masalah bernafas sendiri. Masih menggunakan bantuan oksigen. Demam pun masih turun naik. Andai ada kawan kawan yang ada pengalaman boleh kongsikan. Ingin saya sangat nak tau.

Wahida Mohamed
23 Mei, 2013
Port Dickson

Mudah Diungkap Tapi…

black-and-white-beach-sunset

Bila dah berbulan- bulan sakit, kita kadang kala sendiri keliru dengan siapa diri kita. Tak tahu samada ia adalah kesan ubat atau emosi diri yang memang akan berubah setelah fizikal lama berehat. Tambahan pula dek terlalu banyak nasihat, apa yang boleh dan tak boleh hingga keliru dibuatnya.

Mudah diungkap tapi tak semudah melaluinya. Saya dapat merasakan yang suami saya sudah tertekan walau dia cuba merahsiakannya.

Kimo kelima saya pulak beri kesan yang teruk.  Mungkin berpunca dari kurang minum air.  Kesannya gastrik, cirit-birit, ulcer dlm mulut…. Allahuakbar…Kini dah seminggu kimo… Kesannya dah sedikit berkurangan.  Semoga yang seterusnya lebih baik.
Amin

Wahida Mohamed

15 Mei, 2013

Jamuan Makan Malam Amal untuk Friends of Y Cancer Fund

Jamuan Makan Malam Amal untuk Friends of Y Cancer Fund

Jamuan Makan Malam Amal untuk Friends of Y Cancer Fund

Assalam, dan Salam Sejahtera,

Seperti yang telah dimaklumkan di dalam facebook, AJK Friends of Y akan mengadakan Jamuan Makan Malam Amal bagi memberi peluang kepada kawan2 STJ 89 serta kawan2 dan ahli keluarga semua untuk sama sama meyumbang dan beramal kepada Tabung Rawatan Kanser Friends of Y. Jemputan adalah TERBUKA kepada SEMUA (tidak tertakluk kpd STJ8589 sahaja)

Maklumat Jamuan adalah spt berikut:

Tarikh : 27 April, 2013 (Sabtu)

Masa : 8-11 PM

Tempat : D Tasik Restoren, Uniten BB Bangi

Pakaian : Baju/ T Shirt Putih

Sumbangan : RM80 seoarang atau RM800 semeja.

Untuk pengesahan kehadiran, mohon RSVP by 17 April 2013 dengan :

– Awanis 017 880 0716

– Fara 012 314 9093

– Kamal @ Mike 012 267 8379

– Sham Rahmat 012 286 8402

Mohon kawan kawan dapat memberi pertimbangan sewajarnya untuk hadir ke jamuan nanti. AJK FOY telah menjemput Wahida @ Y dan keluarga untuk turut hadir. Kita boleh beri semangat pada beliau dan anak anak kelak.

Jika tidak dapat hadir, kawan kawan mungkin ingin juga memberi sumbangan dan minta wakil utk hadir. Kepada para sahabat yang ingin beramal, no akaun adalah seperti berikut:

Al Rahji Bank : 122 001 881 270 899 ( Persatuan Alumi SMSTJKP- FRIENDS OF Y CANCER FUND)

Mohon emel/mms/whatsapp bank in slip kepada AJK Urusetia di atas  untuk tujuan rekod.

Jika kawan-kawan ada pandangan, kami AJK FOY amat alu-alukan dan boleh dibincang.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas keperihatinan kawan kawan semua. AJK FOY hanya dapat lakukan sekadar yang termampu dengan doa serta sokongan kawan2 semua.

Kami percaya bahawa apa yang kita ada atau simpan, bukanlah milik kita sehingga kita menyumbangkannya kepada mereka yang memerlukan. Ini masa Y memerlukan kita, esok lusa mungkin kita yang memerlukan sokongan.

Maklumat lanjut FOY:

www.facebook.com/friends.of.y
atau blog >> www.friendsofwahida.wordpress.com

Terima kasih daun keladi…jumpa semua pada 27 April nanti , InsyaAllah.

b/p AJK FOY